Friday, October 22, 2010

FUNGSI MAQASID SYARIAH

1. Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama.
 - Merupakan perkara utama yang ditegaskan menurut susunan maqasid syariah. Islam datang untuk membebaskan minda dan kepercayaan manusia daripada belenggu khurafat,tahyul,kemunafikan dan kesyirikan.
- islam mengajak manusia beriman kepada tuhan dan (rukun iman) serta menjauhi anasir-anasir syirik.

2.Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia -Islam mewajibkan setiap individu untuk menjaga keselamatan diri dan melarang keras perbuatan yang boleh mengancam keselamatan
nyawa diri sendiri. 3.Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal -Salah satu keistimewaan yang
dianugerah oleh allah ialah akal dan kekuatan berfikir.
-Manusia diberi status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi bersesuaian dengan ketentuan dan perintahnya.
-Melaluinya manusia dapat mengeksploitasi segala anugerah alam untuk kesejahteraan.
-Akal akan bertindakbalas melalui pelbagai ilmu yang dimiliki. Jika akal atau minda manusia tidak diisi
dengan ilmu pengetahuan,ia akan mengakibatkan kepada kelemahan kekuatan berfikir.

-Jika ini terjadi, manusia akan mensia-siakan fungsi kemanusiaan dan kekhalifahannya.
-kehidupan mereka akan menjadi rendah nilaiannya dan kadangkala lebih hina daripada haiwan yang
hanya hidup untuk makan,minum dan memuaskan hawa nafsu sahaja.
-Syariah islam juga menjamin kewarasan dan kekuatan berfikir telah mengharamkan sebarang bentuk
perlakuan yang boleh menjejaskan fungsi akal oleh itu, allah mengharamkan arak dan sesuatu yang
memabukkan.

4. Menjamin kehormatan dan maruah diri -Kemuliaan dan keperbadian seseorang amat islam
amat mementingkan persoalan ini.
-Lihat kesan kewajipan bersolat,berpuasa,mengeluarkan zakat,menunaikan ibadat haji dan lain-lain lagi.

-Semua ibadat khususiyyah ini jika ditunaikan dengan penuh ketertiban akan dapat membentuk
ketinggian dan kemuliaan akhlak.
-Tegahan dan larangan allah mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada
terjatuh ke lembah kehinaan.
-Perhatikan kesan pengharaman zina,mengumpat,bercakap bohong dan mencuri. Allah telah
mengharamkan perbuatan-perbuatan ini.
-Kesimpulannya, seluruh perintah dan larangan Allah dapat dikaitkan dengan kepentingan untuk
menjamin kehormatan dan maruah diri.
5. Menjamin Usaha Pemilikan dan Pemguasaan Harta -Kehidupan yang sempurna bagi seseorang
manusia bagi seseorang manusia juga amt berkait rapat dengan pemilikan dan penguasaan terhadap
harta.
-Syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan undang-undang tersendiri dalam soal
kehartaan.
-Ia dibincangkan secara meluas di dalam disiplin dan bidangnya yang tersendiri dikenali sebagai FIQH
MUAMALAT.
-Syariah Islam menegaskan mengenai kepentingan untuk mencari kekayaan daripada nikmat dan
anugerah Allah s.w.t.

0 comments:

Post a Comment