Tuesday, October 26, 2010

7 Golongan yang Diteduhi Oleh bayangan rahmat Allah Di Akhirat

أسلام عليكم ورحمة الله

Sudah lama saya tidak memuatkan post2 yg terbaru sebagai santapan rohani kita. Seperti yg kita ketahui selain jasad kita yg memerlukan makanan, ruh kita juga perlukan makanan. Makanan ruh adalah berbeza dari makanan jasmani.
Kita perlu mengisi ruh kita dengan berzikir, solat, tazkirah, dan baca kalam Allah yakni Al- Quran al karim.








Ramai orang berasa selamat dengan harta dan pangkat yang dia ada sekarang. Kita perlu ingat bahawa segala pangkat dan harta serta sahabat sama sekali tidak dapat menolong kita pada hari pembalasan kelak. Tetapi tertapat beberapa jenis manusia yg akan mendapat perlindungan dari Allah.
Rasulullah SAW bersabda: " 7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada hari Qiyamat"

Mereka adalah:
1.     Pemerintah yang adil
2.     Pemuda yang menggunnakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
3.     Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid
4.     Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.
5.     Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita, lalu dia berkata," Sesungguhnya saya takut kepada Allah!"
6.     Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
7.     Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
[Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim]

Jadi, ana harap kita dapat menjadikan pembacaan ini sebagai satu catalyzes dalam erti lain pemangkin kepada kita untuk menjadi golongan-golongan yang disebutkan diatas. Semoga Allah merahmati kita.

Wassalam. 

0 comments:

Post a Comment