Saturday, January 15, 2011

PERKARA YANG MENJADIKAN SESEORANG JATUH KUFUR

Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh membawa kepada keluarnya seseorang dari daerah keimanan kepada kufur. Disebut secara umum di sini antara sebab-sebab tersebut:

Ulama berpendapat perkara yang membatalkan akidah dan iman terbahagi kepada tiga:

·         Iktikad
·         Perbuatan
·         Perkataan

Ulama menyebut dalam kitab masing-masing secara terperinci jenis-jenis perkara di atas yang boleh mengeluarkan daripada daerah keimanan sehingga membawa kekufuran.
Secara ringkasnya seperti berikut:

1.    Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara dengannya.
2.    Beriktikad makhluk boleh memberi kuasa.
3.    Percaya kepada kuasa-kuasa yang lain daripada Allah, seperti jin dan lain-lain.
4.    Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh kepada berhala dan memakai salib dan sebagainya.
5.    Menghina al-Quran.
6.    Menghina Rasulullah s.a.w dan sunahnya termasuk melukis karikatur yang menjatuhkan martabat Nabi Muhammad.
7.    Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.
8.    Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.
9.    Merasa syak dan ragu atas kebenaran Islam.
10. Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang diketahui umum.
11. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
12. Mengaku adanya Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.
13. Menganut fahaman isme-isme yang lain seperti liberalisme dan lain-lain.

Seterusnya firman Allah s.w.t: Mereka ditimpa laknat Allah dan laknat para malaikat dan manusia seluruhnya.” Ayat ini yang dimaksudkan dengan laknat tiga wajah. Pertama, mereka melaknatnya di hari akhirat. Kedua, dikehendaki dengan manusia di sini ialah di kalangan orang yang beriman seperti pendapat Ibn Mas’ud, Qatadah dan Muqatil. Ketiga, bahawa laknat daripada orang yang ramai.
Oleh itu jagalah segala perkataan dan perbuatan kita supaya tidak tergolong dalam golongan yang dilaknat Allah.

Saturday, January 1, 2011

HUKUM SOLAT BERJAMAAH LELAKI DAN WANITA DI MASJID

Seperti yang sudah kita ketahui solat merupakan ibadah yg telah difardhukan keatas kita. Bermulanya dari terbit fajar hinggalah ke waktu Isyak, akan tetapi solat macam manakah yang dituntut oleh Islam dan juga Nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Menurut Tuan Guru Sheikh Daud Al Fatani, dalam kitabnya yg berjudul muniatul musolli, solat ini diumpama seperti sungai yang mengalir dengan laju. Apabila seseorang yang badannya dipenuhi dengan kotoran lalu beliau turun ke dalam sungai itu, lama kelamaan kotoran itu akan tertanggal dibawa arus sungai itu.
Jadi perumpamaan ini boleh dikaitkan dengan solat kerana solat merupakan satu cara untuk menghapuskan dosa. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa kita diantara satu waktu dengan waktu yg lain selagi mana kita tidak melakukan dosa besaq.
Berbalik kepada tajuk, solat yang dituntut ialah solat berjemaah. Solat berjemaah menjadi fardhu kifayah kpd setiap mukallaf. Orang yang berulang alik ke masjid pagi dan petang disediakan kpdnya syurga yang mengalir dibawahnya sungai2.
Cuba kia renungkan bertapa besarnya pahala solat berjemaah kerana Nabi Muhammad S.A.W bersabda ‘ jika seseorang dapat melihat ganjaran yang disediakan bagi orang yg solat berjemaah dan mereka perlu mengundi untuk memperolehinya nescaya mereka akan mengundi untk solat berjemaah.
Kadang-kadang timbul persoalan bagaimana wanita solat berjemaah?. Para ulama telah berbincang mengenai hal ini. Pendapat ulama yg masyhur mengatakan hukum wanita solat berjemaah di masjid adalah makruh. Ini kerana dikuatiri akan timbulnya fitnah. Tetapi ada sesetengah ulama mengatakan untuk org perempuan yg tua gadis yg tidak elok rupanya  hukumnya harus dan bai wanita yg lainnya makruh. Akan tetapi yg lebih afdhalnya untuk kaum wanita adalah solat di rumah.
Saya mohon maaf sekiranya terdapat kesalahan kerana apa yg ditulis oleh saya adlah melalui pembacaan dan kdg2 tersalah.