Saturday, January 15, 2011

PERKARA YANG MENJADIKAN SESEORANG JATUH KUFUR

Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh membawa kepada keluarnya seseorang dari daerah keimanan kepada kufur. Disebut secara umum di sini antara sebab-sebab tersebut:

Ulama berpendapat perkara yang membatalkan akidah dan iman terbahagi kepada tiga:

·         Iktikad
·         Perbuatan
·         Perkataan

Ulama menyebut dalam kitab masing-masing secara terperinci jenis-jenis perkara di atas yang boleh mengeluarkan daripada daerah keimanan sehingga membawa kekufuran.
Secara ringkasnya seperti berikut:

1.    Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara dengannya.
2.    Beriktikad makhluk boleh memberi kuasa.
3.    Percaya kepada kuasa-kuasa yang lain daripada Allah, seperti jin dan lain-lain.
4.    Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh kepada berhala dan memakai salib dan sebagainya.
5.    Menghina al-Quran.
6.    Menghina Rasulullah s.a.w dan sunahnya termasuk melukis karikatur yang menjatuhkan martabat Nabi Muhammad.
7.    Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.
8.    Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.
9.    Merasa syak dan ragu atas kebenaran Islam.
10. Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang diketahui umum.
11. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
12. Mengaku adanya Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.
13. Menganut fahaman isme-isme yang lain seperti liberalisme dan lain-lain.

Seterusnya firman Allah s.w.t: Mereka ditimpa laknat Allah dan laknat para malaikat dan manusia seluruhnya.” Ayat ini yang dimaksudkan dengan laknat tiga wajah. Pertama, mereka melaknatnya di hari akhirat. Kedua, dikehendaki dengan manusia di sini ialah di kalangan orang yang beriman seperti pendapat Ibn Mas’ud, Qatadah dan Muqatil. Ketiga, bahawa laknat daripada orang yang ramai.
Oleh itu jagalah segala perkataan dan perbuatan kita supaya tidak tergolong dalam golongan yang dilaknat Allah.

0 comments:

Post a Comment

Pages 61234 »