Saturday, February 26, 2011

Zikir Harian Penunjuk Rahmat Allah

Amalan Harian – Mudahnyan mendapat Rahmat kenapa kemurkaan yang dikejar..??

Dalam kesibukan aku mencari beberapa bahan untuk kegunaan aku sendiri di internet, aku terjumpa sesuatu perkara yang sememangnya dah ramai yang tahu akan kebaikan dan fadhilatnya.
Perkara yang aku maksudkan ialah, Amalan harian yang berbentuk bacaan zikir harian, selawat, selawat Syifa dan tasbih, memang kesemua ini sudah tidak asing lagi pada kita bahkan ramai yang memang dah menghfalnya,  yang menariknya mungking hanya aku yang baru sedar walaupun sudah sekian lama kebanyakan perkara ni aku amalkan….
Aku baru sedar yang betapa mudahnya untuk mendapatkan keredaan, keberkatan dan rahmat Allah SWT, betapa pendeknya dan mudah nya zikir dan selawat tersebut, dan betapa merdunya alunan selawat syifa dan Asma al-Husna . Dan kesemua zikir harian dan amalan ini boleh dilakukan dimana mana dan bila bila masa sahaja (asalkan bukan ditempat yang dilarang seperti tandas).
Dan bila dipikirkan balik dengan keadaan aku yang memang cukup terkongkong dengan kekangan masa sejak kebelakangan ni, aku yakin aku tetap masih mapmu melakukannya jika aku mahu, aku boleh lakukan nya semasa memandu ke tempat kerja, semasa menunggu ketibaan pelanggan, semasa bersiap di waktu pagi, semasa berbaris panjang di ATM atau menunggu giliran di kaunter pembayaran, semasa berbaris panjang untuk membeli tiket wayang atau tiket perlawanan akhir Piala FA. Memang cukup mudah ringkas, tidak memerlukan sebarang kos dan peruntukan masa yang khas bahkan langsung tidak menjejaskan aktiviti kita….
Tapi bila di pikirkan semula kebanyakan dari kita lebih suka mengeluarkan belanja untuk membeli cd atau DVD lagu artis kegemaran untuk dijadikan hiburan semasa memandu, lebih suka melihat bumper atau belakang sasa orang dihadapan kita semasa beratur menunggu giliran, dan juga lebih suka memerhatikan kecomelan dan kehenseman  petugas di kauter bayaran.
Lebih menarik lagi bila lebih ramai yang sanggup mengeluarkan belanja beratus ringgit untuk rawatan rambut dan rebonding kerana nak ditayangkan pada umum, ramai yang sanggup berlapar dan membeli produk pelansingan yang begitu mahal harganya semata mata untuk mendapatkan potongan badan yang menarik bagi disesuaikan dengan baju sendat dan seluar ketat, Ramai yang menghabiskan masa berjam jam di Gim, dan mengerah keringat yang bukan sedikit bagi mendapatkan bentuk badan yang sasa dengan tujuan mengoda kaum hawa, bahkan sanggup berhutang beratus ribu ringgit semata mata untuk kereta dan pakaiyan berjenama kerana bertujuan untuk menunjuk nunjuk… dan lebih lucunya bila ramai yang sanggup mengambil risiko kemungkinan ditangkap semata mata untuk membeli toto dan magnum
Kalau difikirkan denga akal yang waras dan logik memang pelik …… Tapi itulah hakikatnya…

  

Zikir Harian


senarai Zikir harian
Fadhilat Zikir Harian
Sesiapa Yang Beristiqamah dalam mengamalkan wirid harian ini, Insya-Allah diberkati hidupnya dan dikekalkan hidayah dan taufik serta mati dalam Iman (Ihya Ulumuddin)
Firman Allah S.W.T maksudnya
Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.”
( al-Ahzab 35 )
Dari Rasulullah S.A.W ,
Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga.”
( H.R Muslim)

Tuesday, February 15, 2011

Kuat Amalan Tapi Muflis di Akhirat

Assalamualaikum,
Jadi pada kali ana nak berbicara tentang satu tajuk iaitu ‘ Kuat amalan tapi muflis di akhirat”..jika kita renung, sebab pa boleh jd macam ni..Kalu ikut adat atau fikiran kita bila banyak amal maka bnyaklah pahala atau ganjaran, tapi sebab pa buleh jadi muflis pulak?
Ada satu benda yang ramai org la ni tak ambil kisah iaitu soal hati. Hati ni umpama kuda liar yang mana kita kena kawal dia..kalu kita tak dpt kawal dia maka kita akan jatuh mcm buah nangka buruk jatuh dari pokok.
Sebenarnya ada 3 perkara yg wajib kita belajar:
1)    Iman
2)    Islam
3)    Ihsan
Ana percaya yg number 1 dan 2 tu ramai yg dh tau..tapi yg 3 tu yg ramai org tak tau. Bila tak tau buat amalan pon kdg2 dpt habuan kdg2 tak. Ihsan ni adalah peringkat yg sgt tinggi..nak dpt peringkat ni memang memerlukan mujahadah melawan nafsu yg sgt tinggi.
Ihsan ialah dalam erti kata yg senang dan mudah nak paham, bila kita buat satu2 amalan seumpama Allah sedang melihat kita atau kita melihat Allah..ana umpamakan mcm nie..cthnya, kita bila buat kerja depan bos atau tokey kita, mcm mana hasil kerja kita…mesti bagus sebab bos dok tengok.
Jadi org yg buat amalan dgn sifat ihsan ada dlm diri dia insya’allah dia tergolong dlm org2 yg soleh.
Jadi apa kaitannya dgn muflis pulak?..ok..kaitannya ialah bila sesuatu amalan itu kita lakukan tidak disandarkan kpd Allah maka ganjaran pon x dpt la..kdg2 sesetengah org buat ap2 pon mesti timbul sifat riya’ dalam hati..memang la nak dapat peringkat muklisin memang memerlukan mujahadah yang tinggi.
Akhir sekali, marilah sama2 kita berdoa agar segala amalan kita yg kita lakukan sama ada kecil atau besar, fardhu atau sunnat diangkat oleh ALLAH.
Apa yg kurg itu atas kelemahan diri ana sebagai seorang hamba yang serba kekurangan dan yg baik itu dari Allah..

Friday, February 11, 2011

PENYAKIT UMAT AKHIR ZAMAN

ASSLAMUALAIKUM W.TW.

Pertahanan diri umat Islam sebenarnya adalah rohnya yang merupakan baju besi maknawi dan rohani dari serangan luar. Gejala-gejala yang tidak sihat yang datang daripada perang saraf dan gerak saraf musuh adalah untuk melemahkan ketahanan iman umat Islam, perpaduan serta ilmu pengetahuan islam. Musuh jika menyerang dari aspek yang lain seperti kekayaan, ketenteraan, itu hanyalah serangan kekuatan sampingan, bukan serangan terhadap kekuatan umat yang utama

Di akhir zaman ini sudah ramai umat Islam yang kehilangan Tuhan atau tidak memikirkan lagi adanya Tuhan. Hinggakan mereka tidak terasa lagi peranan Tuhan di dalam kehidupan. Walaupun mereka percaya adanya Tuhan, tapi pada mereka kehidupan ini seolah-olah tiada campur tangan Tuhan. Boleh dikatakan, sudah ramai umat Islam yang 'tidak perlukan' Tuhan. Jika mereka pandai, pada mereka ini adalah disebabkan usaha mereka semata-mata, tidak kena-mengena dengan Allah.

Jika mereka kaya, berpangkat atau berkuasa, ia adalah kerana kemampuan mereka. Pada mereka, Tuhan sudah tiada kuasa menentukan nasib mereka. Pada mereka, Tuhan itu hanya sekadar ada, peranan-Nya kepada manusia seolah-olahnya tidak ada. Cuma sekali-sekala terasa Tuhan diperlukan, setelah mereka tidak ada kuasa pada diri mereka, seperti sakit, miskin atau dianiaya sesama mereka. Barulah mereka mula berdoa atau meminta kawan-kawan menolong mendoakan keselamatan mereka.

Setelah baik atau senang semula, mereka lupa kembali kepada Allah. Dia tidak diperlukan pula. Sikap ini bukan sahaja berlaku kepada ramai umat Islam di akhir zaman. Bahkan yang kelihatan beragama pun seperti masih bersembahyang, berpuasa, naik haji, sama sahaja.

Orang beragama dengan tidak beragama sudah sama sikapnya. Maka kesimpulannnya, yang paling rosak di waktu ini adalah aqidah umat Islam. Pada mereka Tuhan ada atau tidak ada sama saja. Kalaupun percaya adanya Tuhan, Tuhan tidak diperlukan di dalam hidup mereka. Pergantungan dengan Tuhan sudah tidak ada. Betapa pulalah untuk ditakuti atau dicinta, langsung tidak ada di dalam perasaan mereka.

Side effectnya apa sudah terjadi?

Orang beragama atau tidak, perangainya sama saja.
Sama-sama jahat, sama-sama membuat mungkar, sama-sama bergaduh, sama-sama berkrisis.
Sama-sama tidak ada kasih sayang, sama-sama tidak ada bertimbang rasa, sama-sama tidak peduli-mempeduli.
Sama-sama tidak sabar, sama-sama tidak pemurah, sama-sama tidak merendah diri.

Mengapakah perangai orang yang beragama dengan yang tidak ada agama sama?

Kerana mereka mengamalkan agama secara tradisi, agama sekadar satu warisan, tidak ada ilmu menyeluruh tentang agama, apalagi dihayati. Yang diharap hanya pahala, pahala, pahala. Pengamalan Islam bukan ditunjangi oleh kerana takut atau cintakan Tuhan, maka sebab itulah ibadah mereka tidak melahirkan akhlak yang mulia.

Maka berkat Tuhan pun tidak turun lagi ke dunia ini. Apabila berkat tidak ada, benda baik pun menjadi mudharat. Tuhan menimpakan bencana kepada sesiapa sahaja tidak kira orang baik atau orang jahat, berlaku secara umum di mana-mana. Jika kepada orang jahat itu, sebagai hukuman, kepada orang baik pula sebagai penghapusan dosa atau meninggikan darjatnya.

Makanan yang baik-baik pun sudah hilang berkatnya, sedap dan lazat tetapi membawa penyakit. Penyakit barah yang menakutkan, kencing manis yang merbahaya. Darah tinggi, sakit jantung menyusahkan manusia. Begitulah kalau Tuhan sudah murka kepada manusia, makanan yang halal pun menjadi musuh manusia. Walaupun begitu manusia tidak insaf juga, maksiat dilakukan bertambah berganda-ganda.

Tanpa takut, tanpa bimbang tindakan Tuhan, ajaran Tuhan sekalian alam masih tidak dipedulikan. Tuhan tidak diperjuangkan bahkan dilupakan. Manusia sibuk dengan makan, sibuk dengan minum dan dan sibuk dengan pakaian.

Sibuk dengan maksiat dan hiburan, sibuk dengan pembangunan dan kemajuan. Tuhan hanya sebagai slogan. Tuhan bukan matlamat hidup, kalimah Tuhan hanya sampingan. Maka, tidak hairanlah Tuhan bertindak. Dia mengarahkan makanan menjadi musuh insan hingga setiap hari manusia menderita disebabkan oleh makanan.

Tidak nampak lagi oleh manusia akan kekuasaan Tuhan…..
Bilakah manusia mahu sedar dan insaf kembali ke pangkal jalan??

Hari ini orang menyebut Allah 
bukan dari jiwanya.
Ia disebut hanya sebagai budaya.
Tuhan disebut sekadar
untuk menyedapkan bahasa atau kata-katanya...

Renungilah...


Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Penyayang dari segala penyayang
Pandanglah kami dengan kasih sayangMu..