Saturday, October 30, 2010

Bersyukurkah kita kepada Allah?

Assalamualaikum saya ucapkan kpd semua pengunjung blog.
Sekarang ini, kita dapat lihat pelbagai hiburan sedang berkembang dengan pesatnya di Negara kita. Tidak usahlah saya huraikan atau nyatakan satu persatu daripadanya kerana saya yakin saudara semua juga sudah maklum.
Semua manusia asyik leka dengan hiburan yang disajikan sehingga lupa kpd yang memberikan nikmat kepada kita. Cuba kita renung sejenak, alangkah zalimnya dan ingkarnya kita terhadap Allah SWT yg member nikmat kepada kita. Walupun kita sering melakukan kemungkaran kpd Allah akn tetapi Allah tetap member nikmat kepada kita.
 Tetapi jika sekali kita diuji hilanglah sifat kesabaran dalam diri kita. Ada dikalangan umat Islam sendiri sanggup menyalahkan Allah SWT.. Masyaallah manusia jenis apakah ini? Apa yang saya paling takutkan adalah sekiranya hilangnya belas kasih Allah terhadap kita. Cuba kita fikirkan mengapa Negara jiran kita sering tilanda musibah sedangkan Negara kita tidak.. Jawapannya ialah kerana masih ada lagi belas kasih Allah terhadap kita.
Sesungguhnya Allah jadikan dunia ini sebagai ujian kepada kita untuk menilai siapa yang beriman kepada-Nya. Allah telah nyatakan dalam kitabnya bahawa walaupun telah diturun kitab dan rasulnya akan tetapi sedikit dari umat manusia yang bersyukur.
Oleh itu, marilah sama2 kita meningkatkan amalan kita dan banyakkan  muhasabah diri kerana dengan itu lebih baik bagi kita.
Syukran, selamat beramal.

0 comments:

Post a Comment