Sunday, October 24, 2010

Fahamilah Islam Dengan Betul

Assalamualaikum kpd semua pengujung.

Sekarang ini di negara kita sudah heboh mengenai fahaman wahabi. Ramai orang kenal wahabi ini dengan cara mereka yang bertentangan orang lain seperti bacaan qunut,tahalil, wirid dan doa selepas sembahyang. Kita perlu faham yang dengan betul gologan ini. Apa yang saya tidak bersetuju dengan golongan ini bukan kerana mereka mengatakan wirid, tahlil dan qunut itu bid'ah akn tetapi saya tidak bersetuju dengan mereka ini kerana mereka menjisimkan Allah.

Saya juga kurang bersetuju dengan seorang pendakwah muda dinegara ini yang seringkali mengatakan amalan belajar sifat 20, tahlil dan sebagainya sebagai sesat. Kita perlu sedar bahawa semua ini masalah furuq dan bukan dari perkara usul. Ulama-ulama terdahulu seperti Sheikh Daud Fatani, Sheikh Abd Tohir Al Mendili mereka-mereka ini mempelopori amalan seperti tahlil dan sebagainya. Adakah kita yang ilmu tidak seberapa sudah berani memfatwakan amalan mereka ini tidak betul. Terus terang saya katakan jika kita tidak setuju, janganlah sampai melarang amalan tahlil dan qunut itu.

Golongan inimengatakan mereka hanya berpegang kepada Al quran dan sunnah semata-mata. Mereka mengatakan wirid dan doa secara jahar tiada dalam hadis. Jadi adakah ilmu tajwid yang kita pelajari ada dalm hadis. Kesimpulannya, kita juga perlu berpegang kepada ijtihad para ulama'.

Akhir sekali saya harap anda semua faham dan saya berharap Allah mengampunkan segala dosa saya, kerana kita sebagai manusia biasa tidak terlepas dari dosa.

0 comments:

Post a Comment

Pages 61234 »