Saturday, November 13, 2010

ADA APA DENGAN RIYA'?

أسلام عليكم ورحمت الله
Sudah lama saya tidak update blog ini. Maklumlah musim peperiksaan jd nk tulis blog pon terasa berat tangan.
Tetapi akan tetapi kita perlu ingat dalam melakukan kerja dakwah haruslah bersemangat dan ikhlas.
Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan saudara sekalian mengenai satu penyakit hati iaitu RIYA’.
Riya’ ini timbul kerana setiap pekerjaan yang dilakukan tidak diniatkan kepada Allah. Ini kerana perbuatan yang dilakukan ditujukan atau untuk diperlihatkan kepada orang ramai.
Sesungguhnya azab untuk orang yang melakukan sesuatu amalan disertai dengan riya’ sangat pedih dan dasyat..dikatakan dalam satu riwayat api neraka akan membakar setiap tubuh orang yang setiap amalannya terdapat riya’
Pada hari akhirat kelak Allah akan melemparkan amalan2 org yang riya’ seperti satu gumpalan kain buuk ke muka.. Cuba kita bayangkan sekirannya kita adalah seorang darinya.
Cuba kita bayangkan adakah amalan yang kita lakukan diterima Allah, cukupkan amalan kita untuk masuk ke Syurga..setiap waktu, setip saat kit perlu fikir dan muhasabah diri.
Kita dapat melawan sifat keji ini dengan memikirkan segala yang kita lakukan dan tenaga yang kita ada adalah kurniaan Allah bukannya hak mutlak milik kita.Saidina Abu Bakar apabila diberitahu oleh Nabi Muhamad bahawa Allah SWT memujianya, maak beliau menangis teresak2..lalu nabi bertanya mengapa beliau menangis lalu beliau menjawab sesungguhnya segala yang ada padanya adalah milik Allah.
Cuba kita renungkan bertapa dalam dan tingginya iman Saidina Abu Bakar. Jadi kita perlu melatih hati supaya sentiasa ikhlaskan setiap perbuatan kita.
Insyaallah amalan kita akan diterima Allah

0 comments:

Post a Comment